Drama Astana Cinta Aleesa

By | 04:53 Leave a Comment

Sinopsis Astana Cinta Aleesa

 Astana Cinta Aleesa mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Kisah bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat. Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka. Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa. Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa. Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff. Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya. Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu?



Newer Post Older Post Home

0 comments: