Latest Posts

Sinopsis MAID

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris sebagai Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas  nota berkaitan dengan kerja  pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Sinopsis Menantu Sepuluh Ribu

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Ikhwan (Fizz Fairuz) yang sentisa komited dalam menguruskan empayar perniagaan milik keluarganya sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup. 

Meskipun begitu, Ikhwan menjadi dambaan ramai wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya. Mona (Salwa Md Razak) merupakan salah seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk mendampingi Ikhwan. Mona yakin dia akan menjadi isteri Ikhwan kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kakak ipar Ikhwan, Azah Suaymi. 

Sementara itu, Ikhwan berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaan keluarganya dengan membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka kilang. Selepas mendapat sokongan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung bekas pemandu ayahnya untuk membeli tanah disitu. 

Kehadiran Ikhwan di kampung itu telah disambut baik oleh Haji Yaakob, bekas pemandu ayahnya. Kemudian, Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu Alang Zulkifli Mohd Salleh yang sememangnya memiliki sebidang tanah. Sesampainya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah yang merupakan salah seorang anak dara Alang. Ikhwan terpegun melihat kerajinan Umairah (Reen Rahim) serta sikap pembersih gadis itu. 

Hajat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu telaksana juga apabila Alang bersetuju untuk menjual tanah kepada Ikhwan. Ikhwan membuat keputusan untuk berada dii kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Dia juga mula berkawan dengan Umairah. Gadis itu juga seing membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. 

Ikhwan senang berkawan dengan Umairah. Apabila Ikhwan jatuh sakit, Umairah kerap menziarahinya di rumah Haji Yaakob sehingga sembuh. Ikhwan terasa terhutang budi pada Umairah kerana mengambil berat tentang dirinya. Dari saat itu, mula lahir bibit cinta di antara Umairah dan Ikhwan. Mona mula mencurigai Ikhwan kerana jarang berada di bandar. Lalu, Mona pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Mona terus marah apabila ternampak kemesraan di antara Ikhwan dan Umairah. Mona mula merancang pelbagai cara untuk menjauhkan mereka berdua. 

Sementara itu, Ikhwan meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut apabila mendapat tahu Ikhwan sudah mempunyai calonnya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Adakah hasrat Ikhwan untuk menikmati kebahagian bersama Umairah akan tercapai? Berjayakan Datuk Musa mendapat menantu pilihannya? Apakah rancangan Mona untuk merosakkan hubungan Ikhwan dan Umairah?

Sinopsis Astana Cinta Aleesa

 Astana Cinta Aleesa mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Kisah bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat. Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka. Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa. Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa. Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff. Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya. Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu?

Sinopsis Teman Lelaki Upahan 

Drama bersiri Teman Lelaki Upahan menceritakan tentang El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin.

Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan. Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam. Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri

Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

Pelakon Teman Lelaki Upahan: 

Ezwan Lufti- Ungku Ismail Aziz (Watak Utama)
Kyra- Siti Elizad
Zarra: -Izara Aishah
Adam- Azma Aizal Yusoof
Camie- Izreen Azminda
Azlina- Fazlina Ahmad Daud
Fikrie Bakar- Haidar